Friday, July 6, 2007

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010
TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA
Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa
TERAS 2 : MEMBANGUN MODAL INSAN
Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diripelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains danteknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.
TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agarsekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu,KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi,berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilanganstaf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat,KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkaninfrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah danSarawak.
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institutpendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.
TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUTSI PENDIDIKAN
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luarnegara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsaseperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

SEKOLAH KLUSTER

Sedikit Maklumat Tentang Sekolah Kluster
LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.DEFINISISekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.TUJUANSekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.PELAKSANAANTerdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;
Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTERPemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat Pertama
Pengukuran Standard Sekolah:
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawah
c. Syarat Pemilihan
Kecemerlangan murid dalam aspek:
Akademik
Kokurikulum
Sahsiah
Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
Keberkesanan pelaksanaan program KPM
Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
Langkah 1: Penerimaan pencalonan
Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER
Pemimpin sekolah kluster ialah:
Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
Jawatan: school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula:
Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:
Berpandukan:
Key Performance Indicator (KPI)
pengurusan sumber manusia dan fizikal
sumber kewangan
pembangunan profesionalisme staf
program kurikulum dan kokurikulum berkesan
lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
Umum (untuk semua sekolah)
Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:
Pematuhan piawai yang berikut:
Akta Pendidikan 1996
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
SKPM
Senarai Bidang Autonomi:
Pengurusan Sekolah
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti: Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.
Peranan Agensi Lain
Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
Biasiswa
Kewangan/Dana
Program Kecemerlangan Akademik
Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program Kerjaya
IMPAK SEKOLAH KLUSTER
Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program Kerjaya
Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Thursday, July 5, 2007

CAYO! CAYO!

Askm. Untuk member2 group PSS yang masih ingat address laman blog ni. marilah kita jadikan laman blog ni hidup macam geng2 ICT yang ada FORUM GROUP mereka sendiri. Ilmu yang baik ni kalu x kita praktik akan luput. Try and error je, lama2 mesti ok. Harap2 ada la yang respond dengan idea ni. Amin... yg benornye la ni pun cek tengah mahirkan coz nak ajar kat org baru yang handel part ni.

Monday, July 2, 2007

USAHA JAYA

Merah, biru, putih warnanya
Usaha jaya cogan sekolah kita
Bersatu padu taat dan setia
Sekolah Seri Maimon

Di sinilah tempat kita bermula
Membaca, menulis dan mengira
Hormat guru ibubapa sentiasa
Pedoman hidup bahgia

Kuatkan semangat, tinggikan cita-cita
Berkhidmatlah kepada negara
Aman makmur hidup bersama
Patuhi Rukun Negara

Taat Allah, agama , nusa bangsa
Tetapkan iman penuh ilmu di dada
Semoga diberkati Yang Maha Esa
Pastikan kita berjaya.

Ciptaan : Allahyarham Cikgu Kamsan b. Yusuf
[SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA...AL-FATIHAH]



Sejarah Ringkas Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Seri Maimon,
Parit Othman,
83500 Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.

1. Sebelum ditubuhkan pada 25 Mei 1949 murid-murid dari kampung Parit Othman dan kampung-kampung sekitarnya berulang-alik ke Sekolah Melayu Kampung Jawa, Parit Jalil Batu Pahat.

2. Jarak perjalanan ke sekolah tersebut sejauh lebih kurang 5 km, bukan sahaja menyukarkan dengan terpaksa melintas kebun dan belukar malah murid-murid juga terpaksa menyeberangi sungai Simpang Kiri dengan menaiki sampan untuk ke sekolah tersebut.

3. Menyedari risiko yang dihadapi terutama dari aspek keselamatan murid-murid, penduduk kampung Parit Othman telah mendirikan sebuah banggunan di kampung tersebut untuk kemudahan murid-murid belajar.

4. Seorang dermawan tempatan Puan Hajjah Maimunah bte Haji Ibrahim yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid-murid tersebut telah bermurah hati mendermakan sebidang tanah miliknya seluar 2 ekar, 0 rd, 20 pol untuk dijadikan tapak banggunan sekolah yang dicadangkan.

5. 25 Mei 1949 : Sebuah banggunan kayu beratap rumbia berukuran 20 x 20 kaki dibina secara bergotong royong (didermakan oleh Pn. Hjh Maimunah).

6. Sekolah itu diberi nama Sekolah Melayu Seri Maimon.

7. En. Mohd Noor b. Hj. Arshad telah dilantik sebagai Guru Besar dengan murid seramai 135 orang dan seorang guru penolong.

8. Pembinaan sebuah banggunan tambahan seluas 30 x 40 kaki telah dibuat pada tahun 1957. Pada tahun ini juga nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Seri Maimon.

9. Pada tahun 1960, dibina lagi sebuah banggunan tambahan 4 bilik darjah oleh Kementerian Pelajaran.

10. Pembinaan sebuah banggunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, 1 pejabat guru besar, 1 bilik rehat guru dan sebuah kantin bernilai RM140,00.00.

11. Pada 24 Julai 1976, SKSM telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Othman b. Hj. Saat, Menteri Besar Johor.

12. Sebuah banggunan tambahan ”Projek Kilat” mengandungi 4 bilik darjah bernilai RM80,000.00 telah dibina dalam tahun 1985.

13. Pada tahun berikutnya (1986) pembnaan sebuah banggunan ”Gotong Royong” bernilai RM50,000.00 pula di bina.

14. Pusat Kegiatan Guru (PKG) pula telah dibina pada tahun 1990.

15. Banggunan bengkel Kemahiran Hidup bernilai RM20,000.00 dibina di atas usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru pada tahun 1993. Banggunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Awang b. Muhmad (Setiausaha Pembanggunan kepada Menteri Besar Johor).

16. 1 Mei 1994, Sekolah Kebangsaan Seri Maimon telah dinaiktaraf ke Sekolah Gred A.

17. Satu Banggunan 2 bilik darjah telah siap di bina dengan peruntukan JPNJ bernilai 40 000.00. Bangguna ini dapat digunapakai sebaik sahaja sessi persekolahan 1999 bermula.

18. JPNJ telah memperuntukan wang sebanyak RM120 000.00 bagi membina 2 bilik darjah, 1 tandas murid dan baik pulih pagar sekolah. Projek ini dapat disiapkan menjelang sessi persekolahan 2002.

Thursday, April 19, 2007

TAHNIAH!

Kami warga SKSM. mengucapkan TAHNIAH dan selamat datang ke dunia penggurusan PSS kepada Guru PSS yang baru iaitu En. Suhaimi bin Abdullah. Semoga dengan perlantikan beliau yang berkuat kuasa Jun 2007 akan membawa PSS seri maimon ke satu tahap yang membanggakan. InsyaAllah. Beliau menggantikan guru PSS yang lama iaitu Pn. Norlida bt Ismail. Pn. Norlida telah berpindah ke Kuantan Pahang. Kami juga berharap agar guru-guru senior dalam pengurusan PSS di Zon Parit Sulong khasnya agar sudi membantu beliau dalam memantapkan lagi pengetahuan beliau dalam pengurusan PSS ini. Cayo! Cayo!