Monday, July 2, 2007

USAHA JAYA

Merah, biru, putih warnanya
Usaha jaya cogan sekolah kita
Bersatu padu taat dan setia
Sekolah Seri Maimon

Di sinilah tempat kita bermula
Membaca, menulis dan mengira
Hormat guru ibubapa sentiasa
Pedoman hidup bahgia

Kuatkan semangat, tinggikan cita-cita
Berkhidmatlah kepada negara
Aman makmur hidup bersama
Patuhi Rukun Negara

Taat Allah, agama , nusa bangsa
Tetapkan iman penuh ilmu di dada
Semoga diberkati Yang Maha Esa
Pastikan kita berjaya.

Ciptaan : Allahyarham Cikgu Kamsan b. Yusuf
[SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA...AL-FATIHAH]



Sejarah Ringkas Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Seri Maimon,
Parit Othman,
83500 Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.

1. Sebelum ditubuhkan pada 25 Mei 1949 murid-murid dari kampung Parit Othman dan kampung-kampung sekitarnya berulang-alik ke Sekolah Melayu Kampung Jawa, Parit Jalil Batu Pahat.

2. Jarak perjalanan ke sekolah tersebut sejauh lebih kurang 5 km, bukan sahaja menyukarkan dengan terpaksa melintas kebun dan belukar malah murid-murid juga terpaksa menyeberangi sungai Simpang Kiri dengan menaiki sampan untuk ke sekolah tersebut.

3. Menyedari risiko yang dihadapi terutama dari aspek keselamatan murid-murid, penduduk kampung Parit Othman telah mendirikan sebuah banggunan di kampung tersebut untuk kemudahan murid-murid belajar.

4. Seorang dermawan tempatan Puan Hajjah Maimunah bte Haji Ibrahim yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid-murid tersebut telah bermurah hati mendermakan sebidang tanah miliknya seluar 2 ekar, 0 rd, 20 pol untuk dijadikan tapak banggunan sekolah yang dicadangkan.

5. 25 Mei 1949 : Sebuah banggunan kayu beratap rumbia berukuran 20 x 20 kaki dibina secara bergotong royong (didermakan oleh Pn. Hjh Maimunah).

6. Sekolah itu diberi nama Sekolah Melayu Seri Maimon.

7. En. Mohd Noor b. Hj. Arshad telah dilantik sebagai Guru Besar dengan murid seramai 135 orang dan seorang guru penolong.

8. Pembinaan sebuah banggunan tambahan seluas 30 x 40 kaki telah dibuat pada tahun 1957. Pada tahun ini juga nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Seri Maimon.

9. Pada tahun 1960, dibina lagi sebuah banggunan tambahan 4 bilik darjah oleh Kementerian Pelajaran.

10. Pembinaan sebuah banggunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, 1 pejabat guru besar, 1 bilik rehat guru dan sebuah kantin bernilai RM140,00.00.

11. Pada 24 Julai 1976, SKSM telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Othman b. Hj. Saat, Menteri Besar Johor.

12. Sebuah banggunan tambahan ”Projek Kilat” mengandungi 4 bilik darjah bernilai RM80,000.00 telah dibina dalam tahun 1985.

13. Pada tahun berikutnya (1986) pembnaan sebuah banggunan ”Gotong Royong” bernilai RM50,000.00 pula di bina.

14. Pusat Kegiatan Guru (PKG) pula telah dibina pada tahun 1990.

15. Banggunan bengkel Kemahiran Hidup bernilai RM20,000.00 dibina di atas usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru pada tahun 1993. Banggunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Awang b. Muhmad (Setiausaha Pembanggunan kepada Menteri Besar Johor).

16. 1 Mei 1994, Sekolah Kebangsaan Seri Maimon telah dinaiktaraf ke Sekolah Gred A.

17. Satu Banggunan 2 bilik darjah telah siap di bina dengan peruntukan JPNJ bernilai 40 000.00. Bangguna ini dapat digunapakai sebaik sahaja sessi persekolahan 1999 bermula.

18. JPNJ telah memperuntukan wang sebanyak RM120 000.00 bagi membina 2 bilik darjah, 1 tandas murid dan baik pulih pagar sekolah. Projek ini dapat disiapkan menjelang sessi persekolahan 2002.

No comments: